** Ebi Di UtuSaN MaLaySia OnliNe **
Oleh:KHADIJAH IBRAHIM-UTUSAN MALAYSIA ONLINE
Ebi putus cinta
Demi mengejar impian menjadi artis, Ebi, sanggup memutuskan hubungan cintanya yang dipupuk sebelum melangkah ke AF5.
Kata Ebi, dua bulan sebelum menyertai AF5, dia berkenalan dengan seorang gadis dan kini hubungannya dengan gadis tersebut sudah berakhir.
“Dia faham dengan impian saya. Kami putus secara baik dan sekarang ini saya nak tumpukan perhatian pada seni kerana jalan ini yang saya pilih,” katanya terus terang.
Ebi juga menolak dakwaan yang dia menjalin hubungan cinta dengan Heliza. Katanya, usikan itu adalah perkara biasa dan sekadar hiburan.
Baginya Heliza sama seperti rakan-rakan AF yang lain, senang untuk diajak berbicara setelah sama-sama menjalani kehidupan sebagai pelajar AF.
“Sejak menyertai AF, saya sudah tahu tujuan sebenar dan tidak pernah membenarkan perasaan cinta wujud. Sebab itulah bila diusik bercinta dengan Heliza, saya tidak kisah kerana antara kami memang tidak ada cinta,” katanya.
Bila ada yang mengatakan matanya sering menjeling Heliza sewaktu program Diari AF5, sambil ketawa Ebi berkata, dia tidak perasan pun akan perkara tersebut.
“Mana ada saya sering memandang Heliza. Mungkin dari sudut kamera kelihatan begitu,” nafinya.
Bagaimanapun Ebi tidak kisah jika jodohnya kelak bersama rakan artis. Namun Ebi tetap mengutamakan wanita yang dapat menerimanya dengan seadanya, jujur serta berpegangan agama untuk dijadikan calon zaujah (isteri).
Nak bantu keluarga
Ebi yang memperoleh hadiah kemenangan berjumlah RM96,768 termasuk wang tunai RM10,000 akan menggunakan wang tersebut untuk membina rumah di kampung.
Dia yang merupakan anak tunggal berharap apa yang dialaminya ketika ini dapat mengubah nasib kedua ibu bapanya.
“Saya dilahirkan dalam keluarga serba kekurangan. Bapa saya buruh dan ibu saya menjual kuih. Sebelum ini saya pernah melakukan pelbagai pekerjaan, termasuk menjual ikan bakar di sebuah restoran untuk menyara hidup.
“Kini bila ada peluang, saya tidak mahu mensia-siakannya. Inilah masa untuk saya menstabilkan ekonomi keluarga dan bergiat serius dalam bidang seni,” katanya penuh semangat.
Ebi yang pernah menyertai pertandingan model sebelum ini mengaku sudah bersedia menempuh asam garam kehidupan sebagai anak seni.
Dia yang tidak sangka akan bergelar artis dalam waktu terdekat ini adalah bekas atlet dari Kota Kinabalu yang pernah menghabiskan masa senggang (waktu lapang) sebagai pemain bes untuk kumpulan Killer Queen.
“Saya memang suka muzik. Saya belajar main gitar daripada bapa sejak usia 10 tahun. Selain gitar, saya juga boleh bermain gambus sikit-sikit.
“Impian hendak menjadi penyanyi tidak pernah ada. Saya sertai AF pun untuk
Bagi Ebi, bidang seni bukan sekadar seni suara. Jika ditawarkan berlakon, dia tidak akan menolak kerana ingin mencuba sesuatu yang baru.
“Kalau tidak mencuba, saya tidak tahu apa yang mampu saya lakukan. Bila menyertai AF5, baru saya tahu yang saya juga ada bakat menyanyi.
“Begitu juga lakonan, kalau ada peluang saya tidak akan menolak. Saya suka tengok lakonan Rosyam Nor dan kalau boleh saya ingin menjadi sepertinya,” jelasnya.
Tukar nama
Melihat pada namanya, mesti ramai yang tertanya-tanya. Adakah Ebi seorang saudara baru (mualaf) atau sewaktu kecil sering mengalami masalah kesihatan hingga perlu mempunyai dua nama?
Kata Ebi, nama sebenar yang diberikan oleh bapanya adalah Ebi Kornelis. Bagaimanapun sewaktu darjah
“Saya Islam sejak lahir cuma nama Ebi Kornelis sahaja yang kadang-kadang membuat orang keliru. Biarpun nama saya sudah ditukar, kawan-kawan masih memanggil saya Ebi,’’ katanya sambil tersenyum.
No comments:
Post a Comment