Wednesday, June 27, 2007

<< GatHeRinG (1) oN 24th JuNe 2o07 >>

Missweed, Eunnisa, Datin Mona, Odeng, Putra, Tom and Yet
Credit goes to goldsilksm@yahoo.com

PERJUMPAAN EBI FC (SABAH) 24 JUN 2007

(Laporan dan gambar disediakan oleh ShaRoN @ Gold Silk)

Satu perjumpaan Ebi FC (Sabah) telah dilakukan pada 24 Jun 2007 (Ahad) bertempat di rumah Datin Mona yang bertindak sebagai tuan rumah merangkap pengacara majlis. Selain Datin Mona, antara ahli- ahli yang hadir ialah Yet (Timbalan Presiden Ebi FC), aloi (moderator www.ebikornelis.com) dan juga chatters yang menggunakan nick Gold Silk (selaku jurugambar/jururakam), putra, lala, fasya, choclairs, missweed, eunnisa, odeng, Hazman @ Man kekar dan Tom.
Ahli Ebi FC menjamu selera dengan hidangan tengahari sebelum mesyuarat bermula. Acara dimulakan dengan sessi suaikenal sebelum diteruskan kepada agenda yang lain. Majlis diserikan lagi dengan perbualan telefon antara Yet, Aloi dan Datin Mona dengan Ebi. Kami dimaklumkan oleh Ebi sendiri bahawa beliau akan memasuki studio untuk rakaman ‘single’nya “Sinar Cinta” ciptaan M.Nasir dan Loloq pada malam itu juga. Ebi juga mengambil peluang untuk sampaikan salam kepada semua ahli Ebi FC. Selepas perjumpaan tersebut, ahli Ebi FC mengambil peluang untuk bersantai dan berborak di City Mall dan di kedai kopi. (Nota: Video klip perjumpaan tersebut masih lagi disunting oleh aloi)

No comments: